Friday 23 December 2011

Kasih Suami

Satu pasangan suami isteri sedang memecut melebihi 100k/m jam di jalan raya .
Isteri : perlahanlah sikit moto nie.. ayg takut la..

Suami : tak nak.. bawak laju laju macam nie ler seronok..
Isteri : tak.. tak seronok pun.. tolonglah.. ayg takut sangat nie..
Suami: kalau ayg nak abg perlahankan motosikal ni.. ayg kena katekan ayg cintakan abg dulu..
... Isteri : ok,ayg cintakan abg!

Suami : ok.. sekarang peluk abg kuat kuat ..
• Si Isteri memeluk Si Suami tadi dengan erat *
Suami : ayg.. boleh ayg tolong tanggalkan topi keledar abg tak ?? kemudian pakaikan kat ayg.. abg rasa tak selesalah..

Dalam surat khabar keesokkan harinye:
Sebuah motosikal telah berlanggar dengan satu bangunan akibat kegagalan fungsi brek.
Dua mangsa yg terlibat dalam kemalangan tersebut , dan hanya satu daripada mereka terselamat .
Kisah sebenarnya , semasa sedang menuruni jalan tersebut, si Suami telah mendapati yang brek motosikalnya tak berfungsi,tetapi dia tidak mahu isterinya tahu . sebaliknya, dia meminta isterinya tadi mengungkapkan perkataan “ayg cintakan abg” dan merasakan dakapan terakhir isterinya, dia juga memberikan topi keledarnya kepada isterinya mengharapkan isterinya itu selamat..walaupun itu bererti dia akan terkorban.......

No comments:

Post a Comment